Thursday, April 06, 2006

Coca-Cola: 'bermanfaat' sekali!

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan
bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus
Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka
guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang
diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air
Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam
Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau
sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome : Lap bumper dengan
aluminium foil yang dicelup dengan Coke.
Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut
pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin
basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian
bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual
di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda
amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan
Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi
bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu,
silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab
hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah
menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin
Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu
gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.
Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam
minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah untuk memberi signal
kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang
sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal
minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan
rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi
kandungannya adalah ekstrak dari daun coca
[cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh
gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein,
bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

No comments: